Monday, July 19, 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010-ENTRI KELIMA





Pakaian Tradisional Melayu

Baju Kebaya





















Baju kebaya merupakan pakaian tradisional yang dikenakan oleh masyarakat melayu. Terdapat 2 teori tentang asal usul kebaya. Satu mengatakan 'kebaya' itu berasal dari bahasa Arab yaitu habayah yang berarti pakaian labuh yang berbelah di hadapan.Satu lagi mengatakan pakaian seumpama ini dibawa oleh Portugis ke Melaka, maka sebab itulah kebaya telah lama dipakai di Melaka.


Kebaya ada pelbagai gaya, contohnya di Selangor, kebayanya tidak berkerah. Kebaya dapat dipakai dalam menghadiri suatu acara, seperti acara perkahwinan. Kebaya pun dibuat dari bahan yang berbeda-beda. Apabila bahan tersebut kualitasnya bagus, maka saat kita memakai kebaya tersebut tidak akan merasakan gatal.







Sunday, July 18, 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010-ENTRI KEEMPAT

Makanan Tradisional Melayu














Resepi Kuih Pisang

Bahan-bahan:
Bahan A Bahan B
7 biji pisang masak
2 sudu besar tepung naik sendiri 1/2 cawan air masak
7 sudu gula+1 biji telur=dipukul 1/2 cawan susu air


Cara:
Cara-caranya mudah:
1)Lenyekkan 7 biji pisang,masukkan tepung naik sendiri =kacau
2)masukkan telur dan gula yang sudah dikacau ke dalam no 1)-kacau lagi
3)masukkan Bahan B-kacau lagi
4)Masukkan microwave medium 28 minit. Tara....dah siap, cepat ,senang dan sedap...


Cadangan hidangan:
5 orang

Tambahan:
Sedap sebagai pencuci mulut atau minum petang.

PERTANDINGAN BLOGGING 2010-ENTRI KETIGA

Makanan Tradisional Melayu

Nasi merupakan makananruji rakyat di rantau asia semenjak beribu-ribu tahun yang lalu. Oleh itu, banyak makanan yang telah di hasilkan daripada beras seperti laksa, laksam dan lain-lain. selain itu, beras dapat di buat pelbagai kuih-muih tradisional yang di cipta mengikut selera dan keadaan masa kini.










Dodol:
-adalah sejenis makanan yang boleh dikategorikan dalam kumpulan makanan yang manis. Dodok sangatlah terkenal di Malaka. Tidak semua orang dapat menghasilkan dodol yang bermutu tinggi. Mereka yang telah berusia biasanya mahir membuat makanan ini. Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat dodol terdiri daripada santan kelapa, tepung beras, gula pasir, gula melaka.













Apam
-Apam balik atau apom balik, merupakan sejenis kuih tradisi Melayu Nusantara, sesuai dimakan pada waktu pagi dan petang secara bersantai. Apam balik sedap dimakan panas-panas.
Secara kasar terdapat dua jenis apam balik iaitu:
Apam balik tradisional: Merujuk kepada apam balik yang biasanya bersaiz kuali yang gebu.
Apam balik keropok: Merujuk kepada apam balik kecil yang garing, kulitnya nipis dan rangup seperti keropok.










Cencaluk
-Cencaluk ialah sejenis lauk dalam hidangan tradisional Melaka. Cencaluk mengandungi kandungan protein yang tinggi. Mengikut kepercayaan lama yang telah menjadi kata-kata senda gurau pula, kononnya jika pada hari perkahwinan seseorang itu, hujan turun sepanjang hari, maka dikatakan bahawa mempelai suka makan cencaluk.Selain itu, cencaluk juga kini mudah diperolehi menerusi penjualan yang terbuka seperti di tepi jalan raya serta di pasar-pasar sekitar negeri ini.















Nasi tupe
-Nasi Tupe atau nasi tumpang merupakan sejenis makanan tradisional kelantan. Ia dijual di Kota Bharu, khususnya di Pasar Kubang Pasu.
Ia merupakan sejenis nasi bungkus yang mempunyai nasi lembut macam nasi himpit, tapi dibungkus dengan daun pisang berbentuk kon. Dalam kon dicampur dengan lauk serta sambalnya sekali.









Lempeng kelapa
-Lempeng kelapa atau juga dikenali sebagai lempeng nyiur merupakan sejenis makanan yang dibuat menggunakan kelapa diparut. Ia biasanya dimakan begitu sahaja atau dicicah gula, atau sambal ikan bilis atau kuah gulai. Lempeng kelapa sedap dimakan ketika panas.

Wednesday, July 14, 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010-ENTRI KEDUA

Pantang Larang



Pada entri yang pertama, saya telah menyebutkan arti dari pantang larang, pada entri kedua ini saya akan memberikan contoh-contoh pantang larang orang Melayu tradisional.


Pantang larang wanita hamil


  1. Dilarang melangkah kucing yang sedang tidur, dikhuatiri mata anak tertutup seperti kucing yang sedang tidur.

  2. Dilarang tidur waktu tengahari, nanti kepala anak akan menjadi besar.

  3. Dilarang minum air tebu atau kelapa di awal kehamilan, dikhuatiri anak akan gugur.

Pantang larang ke atas lelaki



  1. Dilarang mengintai orang mandi, nanti mata ketumbit.

  2. Dilarang ketawa waktu maghrib, nanti datang hantu.

  3. Kalau tidak tahan berpanas, nanti tunang dilarikan orang.

Pantang larang bayi



  1. Tidak boleh menghembus mulutnya, nanti menjadi bisu.

  2. Dilarang memicit mulutnya, nanti tiada selera makan.

  3. Tidak boleh diletak bayi atas lutut, nanti mendapat sakit perut.

Pantang larang ketika berdiri



  1. Tidak boleh kencing berdiri, nanti punggung dijamah hantu.

  2. Tidak boleh berdiri tertindih kaki, dikatakan akan jauh rejeki.

Pantang larang ketika makan



  1. Makan pisang kembar akan beranak kembar.

  2. Makan berlunjur akan menjadi pemalas.

  3. Tidur selepas makan, nanti perut buncit.

  4. Makan waktu maghrib, makan bersama hantu.

  5. Makan sambil berjalan, dapat penyakit perut.

Pantang larang ke atas perempuan



  1. Dilarang mencari kutu di tangga, nanti kahwin orang tua.

  2. Dilarang mengerat kuku waktu malam, nanti datang sial.

  3. Dilarang bercermin di depan cermin retak, nanti wajah pucat di malam pertama.

Pantang larang kanak-kanak



  1. Tidak boleh jelir lidah, nanti lidah terpotong.

  2. Makan kepala ikan, nanti menjadi bodoh.

  3. Tidak boleh gigit kain, nanti lidah berulat.


    Sebenarnya, hal ini tidak masuk akal. Apakah mungkin lidah kita bisa berulat hanya menggigit kain? Tidak. Tentunya saya yakin bahwa ada maksud-maksud tertentu dibuatnya pantang larang ini. :)

Monday, July 12, 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010-ENTRI PERTAMA

Pantang Larang
Saya setuju dengan adanya pantang larang kerana bertujuan untuk mendidik masyarakat, khususnya generasi muda agar dapat membawa kepada penerapan nilai-nilai baik yang boleh diamalkan di dalam kehidupan. Contohnya, orang-orang tua Melayu dahulu selalu mengingatkan anak cucunya supaya tidak melanggar pantang larang. Melanggar pantang larang sama lah dengan tidak mendengar nasihat, tidak hanya warga melayu, masyarakat cina pun mempunyai pantang larang tertentu. Contohnya, kita harus berusaha mengindar angka 4 kerana artinya mati, ataupun diusahakan untuk tidak mengadakan pertemuan pada hari selasa.

Mengenai asal usul pantang larang ini tidak dapat ditemukan secara jelas lahirnya. Hal ini dikeranakan kebanyakan masyarakat menerimanya dalam tradisi hidup mereka begitu saja dari orang tua mereka. Pengertian pantang adalah hal yang terlarang menurut adat atau kepercayaan. Sedangkan larang adalah memerintahkan supaya tidak melakukan sesuatu. Pantang larang yang telah dimunculkan oleh masyarakat Melayu tidak terbatas pada satu aspek sahaja, akan tetapi terdapat beberapa aspek pantang larang, yang masing-masing aspek mempunyai maksud dan tujuan berbeda.